Malaysia

Chrysotile Malaysia berfungsi sebagai penyedia maklumat mengenai penggunaan krisotil secara bertanggungjawab.

TAHUKAH ANDA?

Kajian saintifik yang dilaksanakan di Thailand menunjukkan sejarah penggunaan simen asbestos berasaskan serat krisotil membuktikan ianya tidak mendatangkan sebarang risiko kesihatan kepada persekitaran dan kesihatan manusia.
(Rujukan: Dr.Gardner, Ohlson, H.F.Thomas, WHO, Health & Safety Executive, U.K.)

Apa itu krisotil?

Krisotil (chrysotile) adalah sebahagian daripada kumpulan asbestos, yang merupakan istilah umum bagi sekumpulan mineral silikat semula jadi yang boleh diurai menjadi serat fleksibel.

 

Asbestos diklasifikasikan kepada dua kategori utama berdasarkan jenis batuan yang membentuknya, iaitu serpentin dan amfibol. Pengelasan ini dibahagikan lagi kepada asbestos serpentin (krisotil) dan asbestos amfibol, yang merangkumi amosit, krosidolit, tremolit berserat, antofilit berserat, dan aktinolit berserat.

 

Penggunaan krisotil telah direkodkan sejak lebih daripada 2,000 tahun lalu dalam pelbagai kegunaan harian, termasuk sebagai bahan untuk kain kremasi (yang digunakan dalam upacara pembakaran mayat) dan sumbu lampu minyak. Rusia, Itali, dan Kanada adalah antara tiga negara pertama yang memulakan aktiviti perlombongan krisotil secara komersial pada awal abad ke-19.

Penerbitan

Klik butang dibawah untuk mendapatkan segala maklumat terkini.

Video

Chrysotile Asia

follow us

Copyright © 2025 Chrysotile Asia